TEXT


Friday, March 16, 2007

Sambutan Tahun Baru Cina

Hari Tahun Baru Cina adalah satu hari yang sangat bermakna kepada kaum cina kerana hari tersebut adalah tahun yang baru kepada orang cina. Hari ini telah jatuh pada Febraury 18. Semasa perayaan ini, saya telah balik ke Melaka untuk meraikan bersama dengan saudara-mara saya.

Saya telah balik ke Melaka sehari sebelum Tahun Baru Cina. Hari sudah gelap apabila saya tiba di rumah nenek saya kerana jalan ke situ sangat sesak. Setelah keluarga saya tiba, kami pun bersedia untuk makan malam. Kami telah makan 'steamboat' pada hari itu kerana dengan begini, kami ada banyak masa untuk bersembang sesama diri kerana sudah lama tidak bersua.

Pada hari kedua, iaitu Tahun Baru Cina, hari yang dinantikan oleh kami semua. Saya telah menukar kepada baju saya yang baru dan mengikuti ibubapa saya untuk mengunjungi saudara saudara saya dan kawan kawan mereka. Sambil kunjung mereka saya juga telah menerima banyak 'Ang Pau' daripada mereka. Hari ini agak bosan kerana tidak buat apa-apa yang menarik.

Pada hari ketiga di situ, kawan bapa saya dari China telah menjemput kami untuk pergi ke rumah dia kerana dia telah menganjurkan satu parti di rumah dia. Rumah dia sanagat besar dan cantik kerana ia adalah yang baru. Makanan di situ sangat enak. Setelah itu, saya dan beberapa kawan saya telah melepaskan bunga api. Walaupun melepaskan bunga api adalah haram di Malaysia, tetapi tabiat ini sukar untuk ditukar kerana ini adalah tradisi yang lama.

Pada hari keesokan, Kami sekeluarga serta saudara saya telah pergi ke 'Mahkota Parade' satu komplex beli-belah. Ibubapa telah pergi membeli-belah dan saya dan saudara saya telah pergi menonton wayang. Wayang yang kami tonton bertajuk 'Ghost Rider'. Setelah itu, saya dan saudara mahu menonton wayang yang ada pada pukul 1 pagi tetapi telah dilarangi oleh ibubapa kami kerana terlalu lewat, oleh itu kami telah balik ke rumah nenek saya. Setelah telah balik, kami pun berjudi secara kecil-kecilan tetapi nenek kami masih menegur kami kerana kerana ini adalah tabiat yang tidak baik dan tidak patut diamalkan.

Pada hari keesokan, Kami pun bertolak pulang selepas bersarapan pagi dan mengucapkan selamat tinggal kepada nenek dan saudara saya di Melaka. Tahun Baru Cina tahun ini telah memberikan saya kenangan yang manis dan baik dan saya akan menantikan Tahun Baru Cina yang akan datang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home