Minggu Bahasa
Pada minggu yang lalu, sekolah kami telah menganjurkan satu aktiviti untuk semua murid iaitu Minggu Bahasa. Minggu ini sungguh menarik sekali. Terdapat aktiviti-aktiviti seperti melafazkan sajak dan lakonan drama. Kelas kami telah menyertai pertandingan drama ini dengan penuh kesungguhan.
Ini adalah kali pertama kelas kami menyertai aktiviti ini dan bekerjasama untuk memenangi pertandingan ini. Tajuk drama ini adalah Penunggu Pusaka. Pertama sekali, kami telah melantik beberapa orang daripada kelas kami untuk memimpin kami. Sarah sebagai seorang pemimpin telah melaksanakan tugas beliau dengan sempurna.
Kami telah memilih pelakon tiga hari sebelum pertandingan bermula. Kami tiada masa untuk dilengah-lengahkan lagi. Pada keesokkan hari, skrip untuk lakonan drama kami telah disiapkan dan perbincangan kami bermula. Pelakon-pelakon diasingkan supaya mereka membaca skrip mereka dengan serius. Kerja-kerja lain seperti baju, muzik dan masa keluar masuk pelakon dibincangkan. Praktis untuk drama dilaksanakan untuk kali pertama.
Sehari sebelum pertandingan drama kesemua perkara yang dibincang dilakukan. Kostum untuk pelakon dibawa dan dipakai oleh pelakon. Kami mempraktis drama untuk beberapa kali sehingga kesemua perkara adalah sempurna. Dengan ini juga, pelakon dapat mengingati skrip mereka tersendiri dan dapat tahu akan apa-apa yang sedang berlaku.
Tibalah hari pertandingan kami. Kami semua berasa gelisah sebelum kami bemula untuk pertandingan. Pelakon-pelakon menyediakan diri di belakang pentas. Kostum-kostum dipakai lalu mereka memposisikan diri mereka di tepi pentas. Drama kami berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesilapan semasa perlakonan kami.
Kerja titik peluh kami terhasil apabila kami dianugerahkan johan untuk pertandingan drama. Saya berasa sunggah bangga terhadap kelas saya yang mampu bekerjasama dan bertoleransi. Saya berharap pertandingan ini akan diadakan pada tahun seterusnya dan saya juga berharap supaya kami memenangi pertandingan ini.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home