TEXT


Friday, March 16, 2007

Sambutan Tahun Baru Cina

Hari Tahun Baru Cina adalah satu hari yang sangat bermakna kepada kaum cina kerana hari tersebut adalah tahun yang baru kepada orang cina. Hari ini telah jatuh pada Febraury 18. Semasa perayaan ini, saya telah balik ke Melaka untuk meraikan bersama dengan saudara-mara saya.

Saya telah balik ke Melaka sehari sebelum Tahun Baru Cina. Hari sudah gelap apabila saya tiba di rumah nenek saya kerana jalan ke situ sangat sesak. Setelah keluarga saya tiba, kami pun bersedia untuk makan malam. Kami telah makan 'steamboat' pada hari itu kerana dengan begini, kami ada banyak masa untuk bersembang sesama diri kerana sudah lama tidak bersua.

Pada hari kedua, iaitu Tahun Baru Cina, hari yang dinantikan oleh kami semua. Saya telah menukar kepada baju saya yang baru dan mengikuti ibubapa saya untuk mengunjungi saudara saudara saya dan kawan kawan mereka. Sambil kunjung mereka saya juga telah menerima banyak 'Ang Pau' daripada mereka. Hari ini agak bosan kerana tidak buat apa-apa yang menarik.

Pada hari ketiga di situ, kawan bapa saya dari China telah menjemput kami untuk pergi ke rumah dia kerana dia telah menganjurkan satu parti di rumah dia. Rumah dia sanagat besar dan cantik kerana ia adalah yang baru. Makanan di situ sangat enak. Setelah itu, saya dan beberapa kawan saya telah melepaskan bunga api. Walaupun melepaskan bunga api adalah haram di Malaysia, tetapi tabiat ini sukar untuk ditukar kerana ini adalah tradisi yang lama.

Pada hari keesokan, Kami sekeluarga serta saudara saya telah pergi ke 'Mahkota Parade' satu komplex beli-belah. Ibubapa telah pergi membeli-belah dan saya dan saudara saya telah pergi menonton wayang. Wayang yang kami tonton bertajuk 'Ghost Rider'. Setelah itu, saya dan saudara mahu menonton wayang yang ada pada pukul 1 pagi tetapi telah dilarangi oleh ibubapa kami kerana terlalu lewat, oleh itu kami telah balik ke rumah nenek saya. Setelah telah balik, kami pun berjudi secara kecil-kecilan tetapi nenek kami masih menegur kami kerana kerana ini adalah tabiat yang tidak baik dan tidak patut diamalkan.

Pada hari keesokan, Kami pun bertolak pulang selepas bersarapan pagi dan mengucapkan selamat tinggal kepada nenek dan saudara saya di Melaka. Tahun Baru Cina tahun ini telah memberikan saya kenangan yang manis dan baik dan saya akan menantikan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Tuesday, March 6, 2007

Minggu Bahasa

Pada minggu yang lalu, sekolah kami telah menganjurkan satu aktiviti untuk semua murid iaitu Minggu Bahasa. Minggu ini sungguh menarik sekali. Terdapat aktiviti-aktiviti seperti melafazkan sajak dan lakonan drama. Kelas kami telah menyertai pertandingan drama ini dengan penuh kesungguhan.

Ini adalah kali pertama kelas kami menyertai aktiviti ini dan bekerjasama untuk memenangi pertandingan ini. Tajuk drama ini adalah Penunggu Pusaka. Pertama sekali, kami telah melantik beberapa orang daripada kelas kami untuk memimpin kami. Sarah sebagai seorang pemimpin telah melaksanakan tugas beliau dengan sempurna.

Kami telah memilih pelakon tiga hari sebelum pertandingan bermula. Kami tiada masa untuk dilengah-lengahkan lagi. Pada keesokkan hari, skrip untuk lakonan drama kami telah disiapkan dan perbincangan kami bermula. Pelakon-pelakon diasingkan supaya mereka membaca skrip mereka dengan serius. Kerja-kerja lain seperti baju, muzik dan masa keluar masuk pelakon dibincangkan. Praktis untuk drama dilaksanakan untuk kali pertama.

Sehari sebelum pertandingan drama kesemua perkara yang dibincang dilakukan. Kostum untuk pelakon dibawa dan dipakai oleh pelakon. Kami mempraktis drama untuk beberapa kali sehingga kesemua perkara adalah sempurna. Dengan ini juga, pelakon dapat mengingati skrip mereka tersendiri dan dapat tahu akan apa-apa yang sedang berlaku.

Tibalah hari pertandingan kami. Kami semua berasa gelisah sebelum kami bemula untuk pertandingan. Pelakon-pelakon menyediakan diri di belakang pentas. Kostum-kostum dipakai lalu mereka memposisikan diri mereka di tepi pentas. Drama kami berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesilapan semasa perlakonan kami.

Kerja titik peluh kami terhasil apabila kami dianugerahkan johan untuk pertandingan drama. Saya berasa sunggah bangga terhadap kelas saya yang mampu bekerjasama dan bertoleransi. Saya berharap pertandingan ini akan diadakan pada tahun seterusnya dan saya juga berharap supaya kami memenangi pertandingan ini.

Monday, March 5, 2007

Pertarungan Hang Tuah & Hang Jebat

Sebenarnya, saya tidak menaruh banyak minat pada prosa tradisional yang dialognya berbelit-belit. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa konflik yang berlaku sungguh pelik.

Hang Tuah telah dihukum mati oleh Sultan untuk sebab yang tidak munasabah. Oleh hal demikian, Hang Jebat membalas dendam dan menguasai istana Sultan. Sultan dihalau oleh istana dan mendapati bahawa Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah pun diminta untuk bertarung dengan Hang Jebat kerana menderhaka terhadap Sultan.

Pada pendapat saya, Hang Tuah sebenarnya tidak adil terhadap kawan karibnya. Walaupun Hang Jebat telah menderhakai Sultan kerana Hang Tuah dihukum mati dengan tidak adil. Sebagai kawan karib, dia patut menyokong tindakannya malah menentang Sultan yang bersikap tamak haloba. Walaupun dianugerahkan gelaran 'Sultan', kita tidak patut menggunakannya dengan sesuka hati.

Pada zaman moden ini, mungkin banyak orang berpendapat beitu juga manakala pada zaman dahulu, dosa menderhakai Sultan sangat besar. Rakyat juga patuh kepada segala suruhan Sultan dan meghormatinya.

Sebaliknya, Hang Jebat juga telah berdosa dengan membunuh dayang istana. Dia juga telah mengamalkan hubungan luar nikah tanpa perkahwinan dengan salah seorang dayang. Pada aspek ini, Hang Jebat berdosa.

Sunday, February 25, 2007

Pengasas Theory of Lepak

Pengasas Theory of Lepak:

p.h.d Teng Han Liang
p.h.d Peng Han Hwa
p.h.d Bryan Yong Hoe
p.h.d Vinser Chan